suria

Hector Moreno Menangis Lihat Keadaan Luke Shaw

PERTAHANAN PSV Eindhoven, Hector Moreno dilaporkan menangis ketika melawat Luke Shaw di hospital selain meminta maaf kepada  Manchester United kerana mengkasari pemain muda itu sehingga patah kaki.

Shaw terpaksa menjalani proses pemulihan selama enam bulan selepas kaki kanannya patah dua dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa lalu.

Tindakan Moreno menjelaskan bahawa kejadian itu merupakan satu kemalangan dan bukan dirancang turut dapat diterima pemain England berkenaan.

Moreno turut berdepan keluarga Shaw ketika lawatan di Hospital St Anna itu pada Sabtu.

Jurulatih PSV, Philip Cocu yang menemani Moreno mengatakan ia merupakan situasi mencabar buat Shaw ketika ini.

Hal ini kerana tidak semua pemain dapat kembali ke padang selepas mengalami kecederaan patah kaki, khususnya patah dua.

Manchester United, Luke Shaw

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain