suria

Real Madrid Beri Penghormatan Kepada Pelarian Syria

Ronaldo membawa Zaid ke dalam padang sebagai penghormatan kepada pelarian Syria.

SEORANG kanak-kanak pelarian Syria yang dikasari jurukamera wanita Hungary diberi penghormatan oleh bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Kanak-kanak itu, Zaid dan abangnya, Mohammad serta bapa mereka Osama Abdul Mohsen dijemput menjadi tetamu istimewa pasukan Real Madrid dalam perlawanan menentang Granada di Santiago Bernabeu.

Kanak-Kanak itu yang pernah terjatuh bersama bapanya akibat dikasari jurukamera wanita terbabit telah dipimpin oleh Ronaldo untuk memasuki padang sebelum perlawanan bermula.

Ketika bersama Ronaldo, puluhan ribu yang memenuhi stadium memberi tepukan dan penghormatan kepada keluarga kanak-kanak tersebut selepas apa yang telah mereka lalui untuk mendapatkan penempatan baru.

Pemain Real Madrid turut memakai kemeja T bagi menyatakan sokongan kepada pelarian yang memasuki Eropah berikutan peperangan yang berlaku di negara mereka.

Keluarga malang itu tiba Sepanyol pada awal minggu ini sebelum akademi bola sepak negara tersebut menawarkan bantuan untuk membina semula kehidupan kanak-kanak berkenaan.

Pada bulan ini Madrid telah menyumbangkan sebanyak 1 juta Euro kepada pelarian yang baharu tiba.

Real Madrid, Syria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain