suria

Man City Tewas Kepada West Ham Di Gelanggang Sendiri

Pemain West Ham meraikan kemenangan mereka.

MANCHESTER: Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City mencatat kekalahan pertama musim ini selepas tewas 1-2 kepada West Ham di Stadium Etihad, awal pagi Ahad.

Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut City di Etihad dalam tempoh kurang seminggu selepas turut tewas kepada Juventus pada aksi Liga Juara-Juara pada 15 September lalu.

Selepas mendahului seawal minit keenam perlawanan menerusi Victor Moses, West Ham menggandakan jumlah jaringan menerusi Diafra Sakho pada minit ke-31.

Gol tunggal City dijaringkan Kevin De Bruyne pada minit ke-47.

Kemenangan tersebut melonjakkan kedudukan West Ham di tangga kedua liga.

West Ham kini mengutip 12 mata, ketinggalan tiga mata di belakang City.

Walaupun menguasai bola pada babak kedua, tiada tambahan jaringan mampu diledakkan tuan rumah.

West Ham sebelum ini turut menewaskan dua kelab besar, Arsenal dan Liverpool.

Lebih mengecewakan, ia adalah perlawanan penuh pertama pemain yang baharu dibeli City, De Bruyne sejak tiba di Etihad.

Barisan pemain:

MANCHESTER CITY: Hart, Sagna, Otamendi, Mangala, Kolarov, Fernandinho, Toure, De Bruyne, Navas, Sterling, Aguero. Pemain simpanan: Caballero, Demichelis, Maffeo, Fernando, Roberts, Iheanacho, Bony.

WEST HAM: Adrian, Jenkinson, Tomkins, Reid, Cresswell, Obiang, Noble, Lanzini, Payet, Moses, Sakho. Pemain simpanan: Randolph, Collins, Oxford, Antonio, Carroll, Zarate, Jelavic.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain