suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United: Pep Guardiola Ganti Van Gaal Pada 2017

LOUIS Van Gaal mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan Manchester United pada 2017 selepas kontraknya selama tiga tahun tamat.

Jurulatih kelahiran Belanda berusia 63 tahun itu yang tiba di Old trafford pada musim lalu menegaskan untuk tidak berkompromi mengenai persaraan yang telah ditetapkan.

Tetapi sementara Van Gaal mendidik Ryan Giggs sebagai jurulatih pada masa akan datang di United, bekas pengendali Belanda itu mempunyai perancangan yang lebih baik.

Mirror.co.uk mendakwa, Van Gaal kini mahu menjadikan pengendali Bayern Munich, Pep Guardiola sebagai ketua jurulatih pada 2017.

Hal ini kerana, bekas jurulatih Barcelona itu enggan melanjutkan kontrak bersama Bayern tetapi ingin berhijrah ke kelab lain pada akhir musim ini.

Bagaimanapun, pada musim depan, Van Gaal masih mempunyai baki kontrak selama setahun lagi mungkin tidak akan meninggalkan kelab itu begitu sahaja.


Manchester United, Bayern Munich

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain