suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Macau: Mohd Nafiizwan Mara Ke Separuh Akhir

Mohd Nafiizwan Adnan.

KUALA LUMPUR: Pemain negara, Mohd Nafiizwan Adnan mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan utama, Omar Mosaad di suku akhir kejohanan skuasy Terbuka Macau di Centro de Bowling, Macau pada Jumaat.

Kemenangan 7-11, 11-4, 11-8, 6-11, 11-7 dalam masa 75 minit ke atas pemain Mesir itu turut memberi peluang kepada Mohd Nafiizwan untuk memburu gelaran keduanya musim ini selepas mara ke separuh akhir.

Mohd Nafiizwan yang meraih gelaran pertamanya musim ini di Kejohanan Klasik Antarabangsa New Zealand pada Jun lepas, akan berdepan dengan seorang lagi pemain Mesir, Fares Dessouki di separuh akhir pada Sabtu.

Fares yang juga pilihan keenam mara ke separuh akhir selepas bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menjinakkan pilihan ketiga, Borja Golan dari Sepanyol 9-11, 9-11, 11-4, 11-8, 11-7 dalam satu lagi aksi suku akhir yang berlarutan selama 98 minit.

Cabaran pemain wanita negara berakhir di pusingan pertama semalam selepas Delia Arnold kalah di tangan pilihan kedua, Nour El Tayeb dari Mesir. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain