suria

Lydia Ko Sekali Lagi Juara Termuda Kejohanan Utama Wanita

Lydia Ko ketika diumumkan juara Evian pada Ahad.

EVIAN: Pemain golf New Zealand, Lydia Ko mengulangi pencapaian cemerlangnya apabila mencatat sejarah dengan muncul sebagai juara termuda kejohanan utama wanita.

Lydia mencatat 63 pukulan pada pusingan akhir Kejuaraan Evian yang berlangsung Ahad.

Februari lalu, pemain berusia 18 tahun itu menjadi pemain termuda menakluki ranking nombor satu dunia walaupun kejayaan di sini meletakkannaya pada tangga kedua di belakang pemain Korea Selatan, Park Inbee.

Lydia juga memegang rekod sebagai pemenang termuda Jelajah LPGA, kemenangan pertama daripada sembilan gelaran sewaktu menjadi pemain amatur pada usia 15 tahun di Terbuka Kanada 2012.

“Ia sungguh menakjubkan.

"Satu hari hebat dan pengalaman yang sukar dipercayai. Semua orang bertanya kepada saya bila akan memenangi kejohanan utama dan kini ia sudah dilaksanakan. Betapa sukar untuk mencapai kejayaan pertama,” katanya yang sebak sebaik mencatat birdie kelapan pada lubang ke-18.

Lapan birdie pada pusingan itu adalah catatan terendah sepanjang minggu dan remaja itu menamatkan aksi dengan 16 bawah par 268, enam pukulan di depan pemain Amerika Syarikat, Lexi Thompson (70).

Pemain China, Feng Shanshan juga mencatat 70 pukulan dan menduduki tangga ketiga dengan lapan bawah par.

Lydia berusia 18 tahun 142 hari, 171 hari lebih muda berbanding Morgan Pressel ketika dia menjuarai Kejuaraan Kraft Nabisco pada 2007.- AFP


Lydia Ko, Kejuaraan Evian, Park Inbee

Artikel Berikut

Artikel Lain