Chong Wei Perlu Masa Untuk Kembalikan Rentak - Khairy - Sukan | mStar

Chong Wei Perlu Masa Untuk Kembalikan Rentak - Khairy

Khairy melancarkan program MyRapid Challenge sempena penganjuran julung kali Hari Sukan Negara pada 10 Oktober ini. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz (kanan).

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei memerlukan masa untuk kembali menyesuaikan diri dengan rentak permainan selepas penggantungan lapan bulan atas kesalahan doping. 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin percaya Chong Wei akan bangkit kembali mempamerkan kemampuan sebenar dalam usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.

"Dia (Chong Wei) tidak boleh menang sepanjang masa, dia juga manusia...kita kena ingat dia baru kembali daripada penggantungan yang agak lama, cuma prestasinya pada awal lebih baik, menang.   

"Tiba-tiba dia tewas, dan kita rasa ada sesuatu tidak kena. Dia perlukan masa untuk penyesuaian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program MyRapid Challenge sempena penganjuran julung kali Hari Sukan Negara pada 10 Oktober ini. 

Khairy berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai prestasi hambar bekas pemain nombor satu dunia itu yang terkeluar seawal pusingan pertama kelayakan pada kejohanan Siri Super Terbuka Korea bermula Selasa.

Chong Wei tewas mengejut kepada pemain kurang ternama tuan rumah, Heo Kwang Hee 19-21, 19-21 di pusingan pertama peringkat kelayakan, sekali gus gagal buat kali pertama beraksi di undian sebenar kejohanan dalam Siri Super yang diperkenalkan pada 2007.   

Untuk rekod, ini adalah kali kedua Chong Wei terpaksa bermain di peringkat kelayakan Siri Super selepas Terbuka Jepun minggu lepas berikutan ranking dunianya yang merudum akibat penggantungan.    

Chong Wei, yang menduduki ranking ke-28 ketika ini, tunduk dalam masa 45 minit kepada lawannya yang juga pemain nombor 125 dunia.   

Minggu lepas, Chong Wei gagal ke suku akhir selepas ditundukkan seteru utamanya, Lin Dan dari China di Terbuka Jepun.

Khairy Jamaluddin , Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain