suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Periksa Bilik Mesyuarat, Elak Diintip

KELAB gergasi England, Manchester United melakukan pemeriksaan bagi mengesan perakam tersembunyi di sebuah bilik mesyuarat sebelum barisan kejurulatihan memulakan perbincangan mengenai taktikal pasukan itu di sebuah hotel.

Tindakan pengawal keselamatan United melakukan pemeriksaan di bilik itu berjaya dirakam lensa kamera media sebelum perlawanan penting bertemu Liverpool di Old Trafford dimulakan.

Selepas pemeriksaan rapi itu dibuat, kelihatan barisan kejurulatihan yang diketuai Louis Van Gaal memulakan perbincangan.

Tindakan mengelak intipan di bilik mesyuarat mula dilakukan United sejak kelab itu dibimbing oleh David Moyes.

Pengawal keselamatan yang ditugaskan dilihat melakukan pemeriksaan secara terperinci termasuk disebalik langsir.

Antara yang dilihat turut memasuki bilik itu ialah barisan kesebelasan utama United.

Para pemain dilihat minum dan makan sebelum mereka ke Old Trafford untuk menentang Liverpool dan berjaya menewaskan lawan 3-1.

Manchester United, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Neymar Puji Messi

Artikel Lain