suria

Cardiff, Bolton Bersaing Dapatkan Penyerang Man United Secara Pinjaman

KELAB Cardiff City dan Bolton turut bersaing untuk menandatangani penyerang Manchester United, James Wilson secara pinjaman.

Portal Mirror melaporkan Wilson, 19, bagaimanapun beliau masih belum membuat keputusan setakat ini.

Pada musim lepas, Wilson terlibat dalam 17 perlawanan dan berjaya mencatatkan dua jaringan.

Ketika ini, kelab Derby County sedang mendahului dalam saingan untuk mendapatkan Wilson, namun pengurus Cardiff, Russell Slade dan pengurus Bolton, Neil Lennon turut tidak melepaskan peluang itu.

Slade berkata: "Dia (Wilson) jelas merupakan pemain yang mempunyai keupayaan yang kuat. Manchester United banyak memikirakan tentang dia.

"Sesuatu yang tidak sekiranya sesiapa tidak berminat mendapatkannya apabila dia boleh diperolehi," katanya.

Sementara itu, Lennon berkata: "Saya fikir Manchester United terdapat banyak kelab untuk dia (Wilson) dan saya boleh memahaminya. Mungkin ada minatnya di sana, tidak boleh dipersoalkan tentangnya." 


James Wilson, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain