suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka AS: Federer Jumpa Djokovic Di Final

Roger Federer.

NEW YORK: Roger Federer menepati ramalan apabila mara ke final Terbuka Amerika Syarikat selepas menewaskan rakan senegaranya, Stan Wawrinka 6-4, 6-3, 61.

Kemenangan itu memastikan kemaraan Federer ke final kejohanan itu dalam tempoh enam tahun.

Federer akan bertemu musuh tradisinya, Novak Djokovic yang mara lebih awal selepas menundukkan Marin Cilic pada perlawanan separuh akhir berasingan.

Pemain berusia 34 tahun itu mempamerkan aksi terbaiknya dengan memenangi kesemua 18 set setakat ini dalam misi menjadi jaguh paling tua dalam kejohanan tersebut selepas Andre Agassi pada 2005.

Dalam rekod pertembungan Federer dan Djokovic, pemain Switzerland itu mempunyai kelebihan menang 21-20. 

Artikel Berikut

Artikel Lain