suria

England Pulangkan Michael Carrick Ke United Kerana Kecederaan

Michael Carrick
PEMAIN tengah Manchester United Michael Carrick tidak akan bermain untuk England pada pusingan kelayakan kelayakan EUro 2016 menentang Switzerland.

Pemain United ini memang sangat jarang dimasukkan ke skuad Inggeris itu meski kemampuannya beraksi bersama kelab tidak diragukan lagi.

Dalam kemenangan 0-6 ke atas San Marino beberapa hari lalu, Carrick tidak diturunkan dalam kesebelasan utama karena Pengurus England, Roy Hodgson lebih memilih Jonjo Shelvey dan James Milner.

Justeru pemain berusia 34 tahun itu telah dipulangkan ke Manchester untuk mendapatkan rawatan.

"Ia satu kecederaan betis. Kami percaya ia tidak serius.

"Ia berlaku secara tiba-tiba ketika pemanasan di San Marino. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami tidak memaksanya"

"Dia sudah menjalani pemeriksaan awal di sini bersama doktor kami. Mereka memutuskan ada sesuatu di sana (Manchester)," kata Hodgson pada sidang akhbar, Isnin.

Hodgson berkata terpulanglah kepada United kini untuk melihat kecederaan ini dengan lebih teliti.

"Kami tidak fikir ia adalah satu kecederaan jangka panjang, tetapi, sudah tentu, lebih dari cukup untuk memastikan dia tidak bermain pada perlawanan di mana saya dan dia berasa amat kecewa."

Artikel Sebelum

Keputusan Terbuka AS 2015

Artikel Berikut

Artikel Lain