suria

United Tutup Pintu Buat Real Dapatkan De Gea

LONDON: Manchester United sudah menutup pintu untuk penjaga gol David de Gea menyertai Real Madrid pada tahun depan.

Penjaga gol Sepanyol itu sebelum ini berharap dapat berhijrah ke Santiago Bernabeu dengan syarat perpindahan yang membabitkan bayaran tunai berserta seorang pemain bernilai 29 juta pound (RM189.6 juta).

Bagaimanapun, impian De Gea lebur selepas dokumen berkaitan perpindahannya lewat diterima Real.

Sejak kegagalan itu, United dan Real saling menuding jari antara satu sama lain mengenai kegagalan perjanjian berkenaan.

Red Devils tetap dengan keputusannya untuk tidak melepaskan De Gea ke tangan Real apabila tempoh perpindahan dibuka semula pada musim sejuk Januari tahun depan.

Pemain berusia 24 tahun itu kini perlu mematuhi kontrak di Old Trafford yang masih berbaki sembilan bulan. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain