Rooney Samai Rekod Sir Bobby Charlton

Pemain England, Ross Barkley (kiri) meraikan gol jaringan Rooney (tengah) bersama Alex Oxlade-Chamberlain pada perlawanan kelayakan Euro 2016 ketika menentang San Marino di Stadium Olimpic di Serravalle.

SERRAVALLE: Rekod jaringan Bobby Charlton selama 45 tahun berakhir apabila Wayne Rooney menyamainya dengan mencatat gol peribadi ke-49 di peringkat antarabangsa pada saingan kelayakan Euro 2016 di sini.

Jaringan pada minit ke-13 itu disempurnakan Rooney yang juga kapten England menerusi sepakan penalti.

Ia adalah jaringan pendahuluan pasukannya dalam perlawanan yang mencatatkan kemenangan 6-0 England ketika menentang San Marino.

"Ia adalah saat membanggakan dapat menyamai rekod Sir Bobby Charlton.

"Sasaran saya selepas ini adalah untuk mencuba sebaiknya bagi membantu pasukan memenangi perlawanan dan sekali gus memecahkan rekod berkenaan," kata Rooney menerusi ITV Sport di Stadium Olimpik di sini.

Jaringan pemain berusia 29 tahun itu yang juga penyerang Manchester United sekali gus memberikannya identiti rekod antarabangsa Charlton yang juga ahli pasukan England yang memenangi Piala Dunia pada 2016 dengan jaringan ke-49 menerusi 106 penampilan.

Rooney kini memerlukan satu lagi gol untuk menjadi pemain pertama England mencatat jumlah jaringan sebanyak 50. - AFP



Artikel Sebelum

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain