suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Kalahkan Liverpool

MANCHESTER UNITED berjaya menewaskan Liverpool dalam saingan mendapatkan bintang Belanda, Memphis Depay apabila kelab itu menawarkan gaji setinggi £100,000 seminggu kepada pemain terbabit.

Menurut Mirror Online, kejayaan United berpunca daripada jurulatihnya, Louis van Gaal yang mempunyai hubungan rapat dengan Depay.

Berikutan itu, pemain sayap PSV Eindhoven terbabit dilapor akan menjadi pemain pertama tiba di Old Trafford pada akhir musim.

Ketika membuat bidaan bernilai £25 juta untuk Depay, United turut berdepan saingan dari Bayern Munich.

Sementara itu, lagenda Belanda, Ronald de Boer percaya hubungan antara Depay dan Van Gaal akan menjadi 'tali pengikat' untuk pemain berkenaan tidak ke kelab lain selain United.

"Saya tidak mahu bercakap kelab mana yang sesuai dengannya. Tetapi jika di ke United, di sana ada Van Gaal, individu yang lebih mengenalinya ketika Piala Dunia lalu.

"Ini adalah kelebihan. Dia merupakan salah satu bakat baru di Eropah - dia ada segalanya," jelas De Boer.

Artikel Lain