suria

Chris Smalling Tandatangani Perjanjian Baharu Bersama United

Chris Smalling
PEMAIN pertahanan Manchester United Chris Smalling menandatangani kontrak baharu selama empat tahun, umum kelab tersebut.

Pemain antarabangsa England berusia 25 tahun itu kini komited untuk kelab itu sehingga musim panas tahun 2019.

Smalling, yang telah menandatangani kontrak untuk bersama United dari Fulham dalam perjanjian £10 juta lima tahun lalu, telah menjadi anggota penting dalam United di bawah kendalian Louis van Gaal musim ini.

Pengurus kelab Van Gaal berkata: "Chris telah menunjukkan peningkatan dalam masa yang singkat ketika saya berada di kelab dan telah menjadi sebahagian daripada skuad pertama pasukan.

"Dia sentiasa berkelakuan profesional dan dia telah telah menjaringkan beberapa gol penting musim ini. Saya gembira dia telah menandatangani kontrak baharu."

Perjanjian Smalling sebelum ini bakal tamat pada akhir musim depan.

Dia baru-baru ini melahirkan hasrat untuk kekal di kelab itu untuk satu jangka masa panjang dan prestasinya pada separuh kedua musim ini dilihat membawa kepada perbincangan kontrak disegerakan.

Smalling berkata: "Saya gembira untuk menandatangani kontrak baharu saya. Saya sangat berbangga dapat bermain dengan kelab besar seperti ini. Kami telah bangkit sebagai satu pasukan sepanjang musim ini di bawah Louis van Gaal dan kami kini bermain sebagai satu unit lengkap.
Chris Smalling

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain