suria

Saya Bukan Lagi Pemain Pilihan Di Gelanggang Tanah Liat - Nadal

Nadal berazam untuk bangkit pada kejohanan Monte Carlo Masters.
RAFAEL Nadal merasakan dia bukan lagi menjadi pemain pilihan bagi aksi di gelanggang tanah liat sepert tahun-tahun sebelum ini.

Nadal,28, memenangi 325 perlawanan di gelanggang tanah liat dan hanya mencatat 25 kekalahan sahaja.

Jaguh tenis Sepanyol itu bakal membuka aksi pertama tahun ini pada kejohanan Monte Carlo Masters pada Rabu.


Beliau akan bertemu dengan Dominic Thiem atau Lucas Pouille dalam misi meraih gelaran juara kesembilan bagi kejohanan ini.

Juara sembilan kali Roland Garros ini memberitahu bahawa dia tidak berdepan dengan sebarang tekanan pada tahun ini.

“Saya bukan lagi pemain pilihan sejak beraksi dengan teruk beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi saya tidak lagi berasa tertekan. 

“Saya tiba di sini dengan penuh motivasi untuk melakukan yang terbaik. Apa yang lebih penting, saya kembali merasai kenikmatan berada di gelanggang, penuh dengan sifat yakin dan juga ada peningkatan,” katanya. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain