suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man City: Rafael Benitez Ganti Manuel Pellegrini

Benitez didakwa akan menggantikan Pellegrini.

MANCHESTER City dilapor akan melantik ketua jurulatih Napoli, Rafael Benitez bagi menggantikan Manuel Pellegrini pada musim depan selepas kelab itu gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang dimenangi musim lalu.

Bagaimanapun pelantikan itu hanya bersifat sementara iaitu selama setahun kerana City ingin menawarkan jawatan tersebut kepada Pep Guardiola.

Difahamkan, keputusan untuk memecat Pellegrini telah diputuskan selepas kelab milik jutawan Arab itu tewas kepada Manchester United pada Ahad.

Lebih memalukan City, pasukan tersebut gagal memenangi sebarang piala pada musim ini walaupun mengeluarkan belanja tinggi untuk membawa masuk beberapa pemain.

Selain itu, nama Carlo Ancelotti juga disebut akan ditawarkan jawatan jurulatih City sekiranya dia meninggalkan Real Madrid pada akhir musim ini.

Artikel Lain