suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Penalti Shelvey Bantu Swansea Ikat Everton

Jonjo Shelvey.
SWANSEA, Wales: Jonjo Shelvey menyempurnakan sepakan penalti untuk membantu Swansea terikat seri 1-1 dengan Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty, malam Sabtu.

Pengadil Michael Oliver menghadiahkan sepakan penalti kepada Swansea apabila bola terkena pemain pertahanan Everton, Seamus Coleman.


Shelvey merembat masuk sepakan penalti itu pada minit ke-69.

Aaron Lennon meletakkan Everton di depan pada minit ke-41 selepas memanfaatkan hantaran James McCarthy.

Everton yang menduduki zon penyingkiran pada bulan lalu mencatatkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan setakat ini.

Swansea pula kehilangan khidmat penyerang Bafetimbi Gomis yang dilanda kecederaan pada babak pertama perlawanan.

Everton kini menduduki tangga ke-12 dengan mengumpul 38 mata manakala Swansea di tempat kelapan dengan 47 mata.

Barisan Pemain:

SWANSEA CITY: Fabianski, Rangel, Fernandez, Williams, Taylor, Ki Sung-yueng, Cork, Routledge, Shelvey, Sigurdsson, Gomis. Pemain gantian: Amat, Britton, Emnes, Dyer, Grimes, Tremmel, Fulton. 

EVERTON: Howard, Coleman, Stones, Jagielka, Baines, McCarthy, Barry, Lennon, Barkley, Osman, Kone. Pemain gantian: Robles, Mirallas, Naismith, Besic, Pienaar, Garbutt, Alcaraz.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super 2015

Artikel Lain