suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Tiba Awal Untuk Pendengaran Kes Doping

Chong Wei memakai sut biru tiba awal di lokasi pendengaran kes dopingnya.
AMSTERDAM: Bekas pemain No.1, Datuk Lee Chong Wei tiba awal untuk sesi pendengaran kes doping dengan kawalan keselamatan yang ketat di Hotel Sheraton.

Memakai sut berwarna biru, Chong Wei yang kelihatan tenang tiba kira-kira pukul 9.24 pagi ditemani Pengurus Besar Kenny Goh untuk sesi pendengaran di hadapan tiga ahli panel bebas dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang akan diadakan pada pukul 10 pagi waktu tempatan (4 petang Malaysia).

Media Malaysia menunggu di hotel untuk mengikut perkembangan kes tersebut.

Namun, mereka diarahkan keluar dari premis tersebut oleh pengawal keselamatan atas arahan BWF.

Chong Wei yang menyedari kehadiran media Malaysia sempat melemparkan senyuman dan melambai tangan sebelum masuk ke bilik pendengaran tersebut.

Pengurus Besar BWF Stuart Borrie berkata perbicaraan itu dilakukan secara tertutup dan pihak media tidak dibenarkan membuat liputan.

"Saya dimaklumkan pengawal keselamatan hotel dan media tidak dibenarkan berada di kawasan ini. Melainkan ada tetamu di hotel ini. Tolong hormati keputusan ini dan beredar segera," kata Borrie.

Chong Wei berdepan hukuman penggantungan selama dua tahun kerana gagal melepasi ujian doping sewaktu menyertai Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos tahun lalu.

Sampel air kencing Chong Wei didapati positif menggunakan bahan terlarang, dexamethasone.



kes doping, Lee Chong Wei

Artikel Lain