suria

Man United Tawar Gaji Lumayan Kepada Sami Khedira

PEMAIN tengah pertahanan Real Madrid, Sami Khedira dilapor telah mendapat tawaran gaji sebanyak  £200,000 seminggu daripada Manchester United.

Pemain tengah Jerman yang bakal menamatkan kontraknya bersama Real Madrid pada akhir musim ini kini tersenarai antara pemain yang dikehendaki United.

Kelab gergasi Inggeris itu cuba mendapatkan Khedira selepas sasaran utama Louis van Gaal di posisi sama iaitu Kevin Strootman masih dalam tempoh pemulihan daripada kecederaan lutut.

Pada masa sama, Van Gaal juga sedang berusaha membawa rakan senegara Khedira iaitu Mats Hummles untuk menyarung jersi United pada musim depan.

Bagaimanapun usaha United mendapatkan Khedira tidak semudah itu kerana bekas jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho turut mahu membawa pemain berkenaan ke Chelsea.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain