suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Menang Besar, Ronaldo Ledak Lima Gol

Ronaldo menjaringkan lima gol untuk Real Madrid.
CRISTIANO Ronaldo menjaringkan lima gol ketika membantu Real Madrid menewaskan Granada 9-1 di Santiago Bernabeu, malam Ahad.

Pasukan kendalian pengurus Carlo Ancelotti membuka jaringan awal menerusi jaringan Gareth Bale pada minit ke-25.

Lima minit kemudian, Ronaldo menjaringkan gol kedua sebelum menambah dua lagi gol pada minit ke-36 dan 38.

Real Madrid terus melancarkan serangan pada babak kedua apabila Karim Benzema meledak dua gol masing-masing pada minit ke-52 dan 56.

Ronaldo mengekalkan prestasi terbaiknya apabila menjaringkan dua lagi gol pada minit ke-54 dan 89.

Granada berjaya membolosi gawang pasukan tuan rumah pada minit ke-74 menerusi jaringan Robert Ibanez.

Namun, kesilapan Diego Mainz yang menjaringkan gol ke gawang sendiri pada minit ke-83 memberi kelebihan kepada Real untuk melakar kemenangan penuh bermakna di gelanggang sendiri.

Ia adalah kemenangan besar Real pada aksi La Liga musim ini.

Senarai pemain:

REAL MADRID:  Casillas, Arbeloa, Varane, Ramos, Marcelo, Kroos, Modric, James, Ronaldo, Benzema, Bale. 

GRANADA: Oier, Nyom, Babin, Murillo, Juan Carlos, Marquez, Iturra, Rico, Piti, Cordoba, Robert, Velocidad, Arriba.






Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain