suria

Nicol Terus 'Berada' Di Gelanggang Kaca Lima Tahun Lagi

Nicon berselfie bersama pelajar IPT selepas dilantik sebagai Duta Belia 1Malaysia bagi sukan skuasy Isnin.

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David akan terus bermain untuk tempoh lima tahun lagi, memandangkan dominasi beliau yang sukar dicabar hingga kini.

"Saya berada di puncak kerjaya ketika ini dan secara jujur masih banyak perkara yang perlu dilakukan.

"Saya memang menunggu-nunggu untuk terus bermain dengan membawa penuh harapan.

"Permainan ini (skuasy) memberi banyak tawaran, saya hanya perlu terus bermain...jika boleh saya akan kekal berada dalam gelanggang kaca selama yang mampu," katanya pada sidang akhbar selepas pelantikannya sebagai Duta Belia 1Malaysia bagi Squasy di sini, Isnin.

Pemain berusia 32 tahun dari Pulau Pinang itu, yang merangkul lapan Mahkota Dunia, kini sedang berehat dan akan berada tiga hari di Pulau Pinang sebelum berlepas ke Amsterdam untuk menyertai dua pertandingan iaitu Kejohanan Asia dan Kejohanan Terbuka Britain pada Mei.

Untuk rekod, Nicol telah memenangi lima trofi Terbuka Britain, dan lebih lapan Kejohanan Asia dalam tempoh 10 tahun lepas.

Sementara itu, Nicol berkata, beliau rasa begitu dihormati kerana dilantik duta program squasy institusi pengajian tinggi 1Malaysia.

"Saya menunggu-nunggu untuk memberikan masa dan kepakaran saya kepada pelajar-pelajar universiti," kata beliau.

 Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.

"Memilih Datuk Nicol David sebagai duta program ini akan menambah baik lagi kewujudan ekosistem pembelajaran yang mengukuhkan ilmu, kemahiran dan nilai sukan ini yang boleh diterapkan pada pelajar," kata beliau.

Artikel Lain