suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Perdana: Kedah Tolak Hasrat Pengurus Ingin Letak Jawatan

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak hasrat pengurus pasukan Datuk Jeffery Low yang dikhabarkan mahu meletak jawatan berikutan prestasi hambar Kedah dalam saingan Liga Perdana.

Setiausaha Kehormat KFA, Aminuddin Omar berkata walaupun belum lagi menerima surat rasmi dari Jeffery, namun hasil perbincangannya dengan Presiden KFA Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, telah ditetapkan bahawa khidmat pengurus pasukan itu masih diperlukan dan peluang masih diberikan kepadanya.

Jelas Aminuddin, tanggungjawab membangunkan pasukan bukan hanya terletak di bahu pengurus pasukan, tetapi melibatkan keseluruhan pengurusan dari peringkat atasan hingga pemain.

"KFA tolak hasrat Jeffery. Kita sudah berbincang dengan presiden. Kita tetap akan bersama Datuk Jeffery. Biarlah kita bekerjasama. Kita sedang melihat kelemahan sehingga pasukan kita agak terkebelakang," katanya kepada pemberita.

Jeffery dikhabarkan turut memberi alasan mahu menumpukan dalam bidang perniagaan sebagai antara punca mahu meletak jawatan. 

Kedah, Bola Sepak

Artikel Lain