suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thierry Henry Bimbang Arsenal Terikut Nasib Malang Liverpool

LAGENDA Arsenal, Thierry Henry melahirkan kebimbangan jika bekas kelabnya, The Gunners mengikut jejak Liverpool yang gagal meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris sejak 25 tahun lalu.

Liverpool hampir kembali bergelar juara pada musim lalu namun mereka terpaksa menyerahkan gelaran berkenaan kepada Manchester City pada saingan terakhir liga.

Arsenal kini menghuni tangga ketiga liga dengan ketinggalan tujuh mata dibelakang pendahulu iaitu Chelsea.

Bercakap kepada sebuah penerbitan Perancis, Henry berkata," Saya ingin memberitahu bahawa Liverpool tidak memenangi Liga Perdana Inggeris sejak 1990 dan mereka masih gagal selepas 25 tahun berusaha, ini buatkan saya bimbang.

"Saya tidak mahu perkara sama menimpa Arsenal. Tahun ini tidak meletakkan Arsenal begitu jauh untuk menjadi juara.

"Jika bukan tahun ini, mereka mungkin boleh memenangi kejuaraan liga untuk tahun depan," katanya.


Liverpool, Arsenal

Artikel Lain