suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Bola Sepak Sweden Nyaris Naiki Pesawat Germanwings

PEMAIN bola sepak kebangsaan Sweden hampir menaiki pesawat malang Germanwings, penerbangan 4U 9525 yang terhempas di kawasan Pergunungan Alps di Perancis dan mengorbankan 150 penumpang.

Pesawat tersebut adalah salah satu pilihan untuk membawa pulang pemain dan kakitangan pasukan negara itu ke Stockholm selepas menjalani latihan pusat di Barcelona.

Pasukan tersebut mengambil keputusan untuk menghantar pulang pemain serta kakitangan menggunakan tiga penerbangan yang berlainan dan mengelak daripada menggunakan pesawat Germanwings kerana memakan masa yang lama.

"Kami sepatutnya menaiki pesawat tersebut dan penerbangan itu juga pilihan pertama tetapi disebabkan ia memakan masa yang lama jadi kami membuat keputusan untuk menggunakan penerbangan lain.

"Sebelum membuat tempahan, kami memeriksa jadual penerbangan di Duesseldorf, malangnya ia mengambil masa yang lama untuk sampai ke Arlanda (Stockholm) jadi kami menghantar pemain serta kakitangan pulang menggunakan tiga penerbangan berbeza," kata Pengarah Sukan Sweden, Adil Kizil.

Kizil juga memberitahu, pemain dari kelab liga ketiga Sweden, Borlange ketakutan apabila sedar hampir menerima nasib sama seperti pasukan Manchester United pada 1958 dan pasukan Zambia pada 1993.

"Kami semua bernasib baik, ia adalah kejadian yang tragik," katanya.

Germanwings merupakan syarikat penerbangan tambang murah di bawah kendalian Lufthansa yang berpangkalan di Jerman.


Artikel Lain