Legenda Liverpool Dakwa Raheem Sterling Tidak Sedia Bermain Di Man City - Sukan | mStar

Legenda Liverpool Dakwa Raheem Sterling Tidak Sedia Bermain Di Man City

Raheem Sterling. Foto EPA

RAHEEM Sterling tidak akan mendapat faedah daripada perpindahannya ke Manchester City berdasarkan tahap kerjayanya sebagai pemain bola sepak ketika ini, dakwa legenda Liverpool, John Barnes.

Timbul spekulasi mengenai masa depan pemain muda yang masih mempunyai kontrak dengan Liverpool sehingga 2016 itu apabila terdapat rundingan berhubung tawaran baharu di Anfield.

Bagaimanapun Barnes yang merupakan bekas pemain Liverpool itu percaya pemain berusia 20 tahun itu perlu kekal di pasukannya sekarang sebagai langkah terbaik untuk mempertingkatkan kemahirannya berbanding berpindah ke Manchester City.

"Raheem Sterling sudah tentu perlu menandatangani kontrak dengan Liverpool dan kekal bersama pasukan itu," katanya kepada talkSPORT.

"Saya mahu menasihatkan kepada mana-mana pemain yang baharu sahaja dalam arena bola sepak selama setahun atau lebih kurang supaya kekal dengan pasukannya dan belajar untuk lebih mahir lagi. 

"Tunjukkan tahap yang konsisten bagi tempoh selama empat atau lima tahun sebelum membuat keputusan terbaik untuk berpindah. 

"Dan pada masa itu baharulah anda akan dikatakan sebagai pemain bernilai £50 juta (RM273.84 juta)."

"Kita sudah melihatnya pada Scott Sinclair dan Jack Rodwell di Manchester City. Di manakan mereka sekarang?

"Sterling tidak bersedia untuk berpindah ke Barcelona, Real Madrid atau Manchester City. Dia perlukan dua atau tiga tahun lagi di Liverpool. Kemudian, jika dia hendak putuskan untuk berpindah, tidak apa. Dia perlu berhati-hati membuat keputusan." - Mirror

Raheem Sterling , Liverpool , John Barnes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain