Mohd Fitri, Vivian Khoo Dinobat Olahragawan, Olahragawati UM 2014 - Sukan | mStar

Mohd Fitri, Vivian Khoo Dinobat Olahragawan, Olahragawati UM 2014

Vivian Khoo (kiri) dinobatkan olahragawati UM 2014.
PETALING JAYA: Pemain hoki kebangsaan, Mohd Fitri Shaari dan pemain badminton wanita Vivian Khoo dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati Anugerah Sukan Universiti Malaya (UM) 2014.

Mohd Fitri, 22, yang juga adik kepada penyerang sensasi negara, Mohd Faizal, dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang termasuk membantu skuad negara meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Cabaran Juara-Juara I di Kuantan, tahun lepas.

Pelajar jurusan Sains Sukan itu beraksi pada Kejohanan Liga Hoki Dunia di Singapura, Januari lepas dan turut meraih gelaran pemain terbaik kejohanan.

Mohd Fitri bakal menyarung jersi negara pada peringkat separuh akhir Liga Hoki Dunia yang akan berlangsung pada 21 Jun hingga 5 Julai di Brasschaat, Belgium.

Vivian yang berpasangan dengan Woon Khe Wei memecah badi 44 tahun tanpa pingat di temasya Sukan Asia dalam acara beregu wanita selepas meraih pingat gangsa di Incheon, Korea Selatan tahun lepas.

Vivian dan Khe Wei juga cemerlang pada 2014, apabila menyumbang pingat emas acara beregu dan berpasukan di Sukan Komanwel, Glasgow.

Beregu yang sedang meningkat naik itu mara ke separuh akhir Terbuka Jerman selepas mengejutkan beregu pilihan dari Korea Selatan, Lee Soo Hee dan Shin Seung Chan di suku akhir.

Bagaimanapun, pasangan negara tewas kepada beregu Indonesia Della Destiara Haris dan Rosyita Eka Putri Sari.

Sementara itu, ratu terjun negara Pandelela Rinong dan pasangan beregu wanita menerima Lencana Biru Universiti ekoran pencapaian cemerlang dalam bidang pendidikan dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.0 ke atas selain dalam arena sukan tanah air.

Pengkritik sukan tanah air Profesor Emeritus Tan Sri Prof Dr Khoo pula dipilih sebagai Tokoh Sukan UM.

Selain itu, menerima Anugerah Khas beberapa atlet negara yang mewakili negara ke Sukan Asia, Sukan Komanwel atau Sukan Universiti Asia (AUG) antaranya Muhammad Irfan Shamshuddin, Nauraj Singh dan Iskandar Alwi dari Sukan Olahraga.

Turut menerima anugerah tersebut Haziq Kamaruddin dab Afiq Bazil Bakri (memanah), Iskandar Zulkarnain Zainuddin (badminton) serta Wendy Ng dan Mohamad Amsyar Azman (terjun).

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pendidikan, P.Kamalanathan.

olahragawan , olahragawati UM 2014

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain