suria

Messi Pemain Bola Terkaya Dunia, Atasi Ronaldo

Messi (kanan) dinobatkan sebagai pemain bola terkaya dunia.
MAJALAH bola sepak Perancis mengumumkan Lionel Messi sebagai pemain bola terkaya 2014 sekali gus mengatasi pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.

Majalah terkemuka itu menyenaraikan 20 pemain yang menerima bayaran tertinggi dan bintang Barcelona itu mengungguli carta tersebut dengan nilai 48 juta pound (RM262 juta)

Pemenang anugerah FIFA Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo menduduki tangga kedua dengan nilai 40 juta pound (RM 218 juta).

Neymar, 23, menduduki tangga ketiga dengan nilai kekayaan mencecah 27 juta pound (RM 147 juta) diikuti rakan senegara, Thiago Silva, Robin Van Persie, dan pemain termahal dunia, Gareth Bale.

Messi mengungguli carta tersebut buat kali kelima selama enam tahun.

Ini merupakan kali ke-17 majalah tersebut membuat penilaian tentang jumlah pendapatan pemain bola sepak.

Jumlah wang yang diterima oleh Messi merupakan hasil gabungan kontrak baru yang diterima bernilainya bernilai 3 juta pound sebulan (RM16 juta) di Barcelona dan 21 juta pound (RM114 juta) setelah menjadi duta kepada syarikat penerbangan Turki dan juga Adidas.

Nilai wang yang diterima oleh bintang Portugal juga meningkat kepada 10 juta pound (RM54 juta) berikutan kerjayanya sebagai model dan mempunya jenama pakaian sendiri di luar padang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain