suria

Simeone Kekal Kemudi Atletico Sehingga 2020

Diego Simeone.
DIEGO Simeone menandatangani kontrak baharu selama lima tahun di Atletico Madrid.

Beliau akan terus mengemudi Atletico sehingga 2020.

Perkara itu diumumkan oleh kelab Sepanyol tersebut.

Pengurus berusia 44 tahun itu turut dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris terutamanya Manchester City baru-baru ini.

Namun beliau menamatkan spekulasi itu selepas menyatakan komitmen untuk terus bersama Atletico.

Atletico kini menduduki tangga keempat dalam aksi La Liga, ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu Barcelona.

Simeone tetap yakin kelab itu akan kembali menduduki tangga teratas.

"Saya memilih untuk berada di sini kerana saya yakin kelab ini akan terus berkembang," katanya.

Sebaik sahaja Simeone mengumumkan kontrak baharu itu, Manchester City menafikan kelab itu menawarkan bidaan terhadap khidmat beliau.

Selepas mengambil alih Atletico pada Disember 2011, Simeone berjaya membentuk sebuah pasukan mantap yang dianggap sebagai pencabar utama Barcelona dan Real Madrid.

Simeone turut berjaya membawa Atletico menjulang Liga Europa pada 2012 dan mara ke peringkat final Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

"Kelab semakin berkembang. Saya membuat keputusan untuk kekal di sini dan keputusan ada kalanya sukar untuk ditentukan dalam hidup," katanya.


Diego Simeone, Atletico Madrid

Artikel Lain