suria

Liverpool Mahukan Theo Walcott

LIVERPOOL dilapor akan melakukan pembelian sensasi dengan mendapatkan Theo Walcott dari Arsenal selepas Raheem Sterling enggan menandatangani kontrak baharu bersama skuad tersebut.

Tindakan membawa masuk Walcott adalah bagi menggantikan Sterling, 20, yang dilapor akan meninggalkan Liverpool.

Walcott dikatakan tidak gembira di Arsenal selepas namanya tidak disenaraikan sebagai kesebelasan utama selepas pulih daripada kecederaan.

Namun Liverpool dilapor perlu mengekalkan jumlah gaji sebanyak £100,000 seminggu kepada Walcott jika mahu pemain itu membantu kelab berkenaan pada musim depan.

Walcott kini mempunyai baki kontrak selama 18 bulan dengan Arsenal dan tempoh singkat itu dijadikan kelebihan untuk Liverpool memancing pemain berkenaan.

Liverpool mula berminat untuk mendapatkan pemain itu sejak 2013 namun terpaksa menangguh hasrat mereka berikutan baki kontrak yang masih panjang.

Bagaimanapun, kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah menjadi pengukur untuk pemain menyertai sesuatu kelab.

Arsenal, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain