suria

Jose Mourinho Idam Dapatkan Koke

CHELSEA dilapor akan menandatangani pemain tengah Atletico Madrid, Koke untuk musim depan dan Filipe Luis dijangka dijadikan pertukaran.

Sebuah akhbar sukan eropah melaporkan, Jose Mourinho masih menaruh minat yang tinggi terhadap pemain itu yang telah melanjutkan kontrak bersama kelabnya.

Bagi mendapatkan pemain kebangsaan Sepanyol berusia 23 tahun itu, Chelsea perlu mengeluarkan belanja sebanyak £48 juta bagi menebus kontraknya.

Bagaimanapun, hubungan baik antara kedua-dua kelab mampu menurunkan harga itu dan persetujuan dicapai dengan mudah.

Walaupun begitu, Chelsea perlu bersaing dengan Manchester United, Barcelona dan Manchester City jika benar mahukan pemain terbabit.

Chelsea, Atletico Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain