suria

Manchester United Kelab Terakhir Van Gaal

LOUIS VAN GAAL mendedahkan untuk bersara sebagai jurulatih apabila melepaskan jawatan tersebut di Manchester United kelak.

Jurulatih kelahiran Belanda itu meluahkan hasratnya menjelang perlawanan penting melibatkan United menentang Liverpool pada Ahad yang dikatakan bakal menjadi penentu masa depan kariernya.

Van gaal merupakan antara jurulatih paling berjaya di dunia selepas membimbing Barcelona, Ajax, Bayern Munich serta membawa skuad Belanda ke peringkat separuh akhir Piala Dunia.

Selepas melalui detik indah di kelab gergasi lain, Van Gaal bagaimanapun menerima cabaran ketika membimbing United yang merosot selepas ditinggalkan Alex Ferguson.

"Ketika kami beraksi di Amerika Syarikat pada pra-musim, seramai 300,000 penonton membanjiri stadium dan sebanyak 280,000 memakai jersi berwarna merah.

"Ketika itu saya sedar bahawa United merupakan sebuah kelab gergasi yang mempunyai terlalu ramai penyokong di seluruh dunia, oleh itu saya perlu melakukan yang terbaik untuk mereka," katanya.




Manchester United, Van Gaal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain