suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juventus Ulangi Pendirian Tidak Jual Paul Pogba

JUVENTUS mengulangi pendirian kelab itu untuk tidak menjual Paul Pogba pada akhir musim ini walaupun mendapat tawaran yang tinggi dari kelab gergasi Eropah.

Pemain kebangsaan Perancis berusia 22 tahun itu tiba di Juventus secara percuma dari Manchester United pada 2012.

Sejak itu dia berjaya membuktikan kebolehan yang dimiliki serta membantu kelab tersebut kembali tampil sebagai sebuah pasukan digeruni.

"Banyak kelab yang sedia menawarkan sehingga £80 juta untuk Pogba, tetapi kami tidak pernah membuka pintu rundingan kerana kami mahu dia terus kekal di Juventus.

"Jika kami mahu menaik taraf pasukan, kami perlu mengekalkan pemain seperti dia," kata Pengarah Juventus, Giuseppe Marotta kepada sebuah stesen radio.

Antara kelab gergasi yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan Pogba ialah Real Madrid, Paris Saint-Germain, Manchester City, Barcelona, Chelsea dan Manchester United.

Juventus, Paul Pogba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain