suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gus Poyet Dipecat

Gus Poyet.
LONDON: Kelab Liga Perdana Inggeris, Sunderland telah mengambil tindakan drastik dengan memecat pengurusnya, Gus Poyet, pada Isnin. 

Ia berlaku kurang 48 jam selepas pasukan tersebut tewas kepada Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris, tempoh hari.

Pengendali yang berasal dari Uruguay itu menerima padah selepas pasukan kendaliannya mencatat keputusan buruk dengan menghuni tangga keempat tercorot. 

Sunderland dibelasah Aston Villa 4-0, Sabtu lalu dan ia merupakan perlawanan keenam The Black Cats tanpa mencatatkan sebarang kemenangan. 

Kelab itu kini hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

"Sunderland AFC sudah memecat ketua jurulatih, Gus Poyet petang ini," menurut kenyataan kelab berkenaan.

Gus Poyet, Sunderland, dipecat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain