suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasukan Skuasy Wanita Bakal Terima Anugerah SAM-100Plus

Nicol (kanan) dan Wee Wern.

KUALA LUMPUR: Kejayaan melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia pada Disember tahun lepas membolehkan pasukan skuasy wanita negara dipilih sebagai penerima Anugerah Khas pada majlis Anugerah Sukan SAM-100Plus 2014 yang akan berlangsung pada 18 Mac ini. 

Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) dalam satu kenyataan, berkata tahun 2014 menjadi tahun cemerlang bagi skuad skuasy wanita negara apabila berjaya buat pertama kalinya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2014. 

Skuad negara yang diketuai pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David hanya selangkah untuk menjuarai kejohanan yang diadakan secara dwi tahunan itu. 

Mereka termasuk Nicol, Low Wee Wern, Delia Arnold, Zulhijjah Azan, tewas 1-2 kepada pasukan England pada perlawanan akhir kejohanan itu. 

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) itu berlangsung di The Club at White Oaks, Niagara-on-the-Lake, Kanada pada 1 hingga 6 Disember, 2014 menyaksikan sebanyak 20 negara mengambil bahagian.

"Rentetan kejayaan skuad skuasy wanita negara bermula apabila mereka berjaya menewaskan Perancis 2-0 pada saingan suku akhir.  Seterusnya mereka mengejutkan juara bertahan Mesir dengan kemenangan 2-0 pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung penuh dramatik untuk menempah tempat di perlawanan akhir," kata kenyataan itu. 

Untuk rekod, Malaysia telah menyertai kejohanan itu sejak tahun 1990 lagi, bagaimanapun sehingga 1996, mereka sekadar melengkapkan jadual perlawanan diperingkat kumpulan sahaja. 

Namun, bermula pada tahun 2002 dan seterusnya untuk tiga edisi berturut-turut, skuad skuasy wanita telah mempamerkan peningkatan dan berjaya melangkah ke peringkat suku akhir. 

Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan dunia itu ialah meraih pingat gangsa dalam empat edisi iaitu Edmonton, Kanada (2006); Kaherah, Mesir (2008);Palmerston Utara, New Zealand (2010) dan Nimes, Perancis (2012).  

Anugerah SAM

Artikel Lain