suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Facebook, Pengikut Cecah 107 Juta

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo terus mencatat rekod dunia apabila tampil sebagai individu yang mempunyai pengikut paling ramai di laman sosial, Facebook.

Bintang bola sepak kelahiran Portugal berusia 30 tahun itu kini berjaya memintas penyanyi, Shakira selepas pengikutnya di Facebook mencecah 107 juta.

Jumlah itu juga menjadikan Ronaldo berjaya meninggalkan musuhnya, Lionel Messi dengan 29 juta pengikut.

Shakira yang merupakan isteri pertahanan Barcelona, Gerard Pique kini ketinggalan sebanyak 5,000 likes di belakang hero kacak tersebut.

Menurut carta yang didedahkan juga, Ronaldo berjaya memintas lama Facebook kelabnya, Real Madrid dengan kelebihan 83 juta pengikut.

Bukan sekadar di Facebook, malah Ronaldo turut menjadi individu paling terkenal di Twitter dengan 34 juta pengikut meninggalkan rakannya, Kaka di kedudukan kedua.

Sambutan terhadap Ronaldo mula meningkat mendadak apabila dia memenangi anugerah Ballon d'Or dan tampil cemerlang selepas saingan Piala dunia.

Cristiano Ronaldo

Artikel Lain