suria

Liverpool Mahu Naib Juara EPL

LIVERPOOL memberi amaran kepada Manchester City, Arsenal dan Manchester United bahawa pasukan itu mahu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan kedua.

Amaran oleh Brendan Rodgers itu hadir apabila anak didiknya berjaya menewaskan Swansea 1-0 pada Isnin, walaupun terpaksa berhempas pulas hingga ke minit terakhir.

"Semua orang bercakap mengenai kedudukan keempat seperti tahun lalu, tetapi kami mahu melakukan yang terbaik dan saya rasa keputusan perlawanan City pada minggu ini memberi peluang untuk kami naik ke tangga kedua.

"Kami perlu memandang ke depan dengan perlawanan yang lebih mencabar (menentang United), ia perlawanan hebat yang perlu kami tempuhi," katanya.

Pada Disember tahun lalu, Liverpool tewas 3-0 kepada United di Old Trafford.

Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain