suria

Teman Wanita De Gea Dakwa Manchester Tidak Sempurna

TEMAN wanita David de Gea memberi tamparan kepada Manchester United dengan mendakwa Manchester bukan sebuah bandar yang sempurna dan tidak begitu baik.

Edurne Garcia yang juga seorang penyanyi membuat kenyataan demikian pada satu rancangan hiburan di Sepanyol.

Pengacara rancangan itu, Pablo Motos berkata kepada Edurne," Saya telah diberitahu bahawa Manchester lebih cantik dari belakang peti sejuk?"

Wanita itu kemudian menjawab," Itu yang pasti kerana ia tidak begitu baik."

"Saya suka berada di Manchester kerana David di sana. Bersamanya akan menjadikan segalannya indah.

De Gea, 24, sebelum ini dilapor akan berhijrah ke Real Madrid apabila kontraknya bersama United tamat.

Penjaga gol Sepanyol itu berhijrah ke United dari Atletico Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak £18.9 juta pada 2011.

Kenyataan Edurne itu kini dikhuatiri akan mempengaruhi De Gea untuk meninggalkan United pada akhir musim ini.

Manchester United, David De Gea

Artikel Lain