suria

John Terry Mahu Chelsea Kejar Kejuaraan EPL

LONDON: John Terry mahu rakan sepasukannya melupakan kekalahan pada saingan Liga juara-juara Eropah baru-baru ini dan memberikan perhatian penuh dalam cabaran merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Chelsea yang mendahului takhta liga dengan kelebihan lima mata di hadapan Manchester City ketika ini akan berdepan Southampton pada Sabtu.

Terry memberitahu, skuadnya tidak mempunyai banyak masa untuk dibazirkan berikutan kekalahan kepada PSG sebaliknya perlu terus berjuang merebut piala liga.

"Kami perlu bersiap sedia untuk satu lagi perlawanan besar menentang sebuah pasukan hebat iaitu Southampton pada minggu ini.

"Bukan mudah untuk menjuarai liga. Kami telah berjaya menjarakkan mata dan ia perlu dikekalkan dalam perlawanan minggu ini.

"Kami tidak boleh terus kecewa kerana Southampton bermain dengan baik dan mereka juga tidak mahu keciciran mata," jelasnya.


Chelsea

Artikel Sebelum

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain