suria

Chelsea Sedia Lanjutkan Kontrak Jose Mourinho

WALAUPUN Jose Mourinho gagal membawa Chelsea melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-juara Eropah pada Rabu, namun jurulatih kelahiran Portugal itu tetap menerima habuan daripada pemilik kelab tersebut.

Chelsea tewas kepada PSG menerusi kiraan jaringan tempat lawan selepas keputusan berakhir dengan agregat 3-3.

Habuan yang dimaksudkan ialah Mourinho bakal menerima lanjutan kontrak bersama Chelsea dengan kenaikan jumlah gaji.

Perkara itu didedahkan sumber rapat kepada pemilik Chelsea, Roman Abramovich apabila kontrak Mourinho akan tamat pada akhir musim depan.

Menurut sumber itu, jutawan Rusia berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah atau aduan terhadap prestasi Mourinho.

"Roman mahukan Mourinho kekal sebagai jurulatih walaupun mereka tidak memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

"Roman juga percaya Mourinho telah melakukan tugas dengan baik selepas kembali membimbing Chelsea," jelasnya.

Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain