suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerrard Mahu Antara 4 Pasukan Tawan Liga Juara-Juara

DENGAN penyingkiran Chelsea dari Liga Juara-juara Eropah, harapan Inggeris hanya tinggal di tangan Arsenal dan Manchester City yang bakal memperbetulkan keadaan sehabis-habisan dalam pertemuan mereka, masing-masing dengan Monaco dan Barcelona.

Liverpool juga sudah pun tersingkir, namun Steven Gerrard sebagai kapten pasukan mempunyai pandangan peribadi berhubung perkara itu.

"Saya fikir ini bukan tahun kami, tetapi kami pasti akan bangkit kembali, saya tidak terfikir ianya sebagai satu krisis," kata Gerrard dipetik oleh BBC.

"Pasukan kami akan bangkit kembali. Chelsea, Manchester City, Arsenal dan kami sendiri akan membeli pemain lagi pada musim panas nanti dan kembali tahun depan untuk menawan lagi.

"Pernah terjadi sebelum ini apabila pasukan-pasukan ini tersingkir di peringkat awal, tetapi tahun berikutnya atau dua tahun kemudian, salah satu daripada kami memenanginya," kata Gerrard.

Steven Gerrard, Liverpool

Artikel Lain