suria

PSG Calon Menang Liga Juara-Juara Eropah - Platini

Michel Platini. Foto AFP

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini menyifatkan Paris Saint-Germain (PSG) sebagai salah satu pasukan yang akan menjuarai Liga Juara-juara Eropah musim ini.

Beliau berpendapat bahawa apa yang telah ditunjukkan PSG cukup membuktikan pasukan itu bersedia untuk memenangi liga terbesar Eropah.

Corak persembahan PSG begitu memberangsangkan terutama pada pusingan 16 Liga Juara-juara Eropah. Pasukan bimbingan Laurent Blanc berjaya menyingkirkan Chelesa dan membawa PSG mara ke suku akhir.

"Ya, selepas bermain secara seimbang di Paris, PSG mampu mengawal kedudukan itu dengan agregat 3-3 (menang mengikut jaringan di tempat lawan) ketika menentang The Blues di Stamford Bridge. Sedangkan PSG hanya beraksi dengan 10 pemain sahaja.

"Ini menunjukkan PSG telah bersiap sedia untuk memenangi Liga Juara-juara Eropah," tambah Platini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain