suria

Pemain Shakhtar Donetsk Catat Rekod Baharu

KETIKA bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo melakar nama sebagai penjaring terbanyak dalam saingan Liga Juara-juara Eropah, pemain Shakhtar Donetsk turut tidak terlepas mencatat rekod baharu.

Bagaimanapun, rekod yang dihasilkan oleh Oleksandr Kucher mungkin pahit baginya kerana dia tampil sebagai pemain yang mendapat kad merah paling awal dalam perlawanan Liga Juara-juara Eropah musim ini.

Kucher diarah meninggalkan padang selepas perlawanan baru memasuki minit kedua apabila dia dikesan menjatuhkan penyerang Bayern Munich, Mario Goetze.

Akibat kekasaran oleh pemain berusia 32 tahun itu, Bayern Munich turut dihadiahkan penalti yang membawa kepada jaringan pertama skuad tersebut.

Keputusan seri 0-0 yang dicatatkan pada perlawanan pertama tiga minggu lalu turut berubah dan berpihak kepada kelab Jerman tersebut apabila mereka menang besar 7-0.


Shakhtar Donetsk

Artikel Lain