suria

Liga Juara-Juara Eropah: Chelsea Tersingkir, PSG Ke Suku Akhir

Pemain Paris Saint-Germain meraikan kemenangan apabila layak ke sukur akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menentang Chelsea dalam perlawanan timbal balik di Stamford Bridge, London, awal pagi Khamis. Foto AFP

CHELSEA tersingkir daripada saingan Liga Juara-juara Eropah selepas tewas mengikut jaringan tempat lawan kepada Paris Saint-German (PSG) yang hanya beraksi dengan 10 pemain.

Dalam pertemuan pertama di Paris, PSG bermain dengan skor terikat 1-1 ketika melawan Chelsea. Oleh itu, perlawanan timbal balik di Stamford Bridge pada awal pagi Khamis menjadi penentu yang layak ke suku akhir.

Di awal pertandingan, PSG dilihat tampil secara agresif dalam melakukan serangan. 

Bagaimanapun pada masa separuh kedua, pasukan The Blues mendominasi pertandingan, namun PSG tetap berupaya untuk memberikan serangan balas.

Permainan mula panas apabila masuk minit ke-81 menerusi jaringan Gary Cahill. Namun lima minit selepas itu PSG berjaya memaksa The Blues memanjangkan masa sebaik sahaja tandukan bekas pertahanan Chelsea, David Luiz menyamai kedudukan 1-1, menerusi umpan sepakan Ezequiel Lavezzi.

Thiago Silva melakukan kesilapan apabila bola terkena tangannya di dalam kotak penalti pada minit ke-96. Hasilnya, Chelsea mendapat 'imbuhan' tendangan penalti dan Eden Hazard tampil sebagai jaguh dengan mengembalikan keunggulan jaringan dengan 2-1.

Namun Silva berjaya membayar kesilapannya itu dengan melakukan tandukan pada minit ke-114.

Permainan berakhir dengan seri 2-2. Namun mengikut jaringan di tempat lawan, PSG berjaya melangkah ke  suku akhir Liga Juara-juara Eropah.

Chelsea, Paris Saint-Germain

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain