suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TRW Tekad Lebur Rekod Tanpa Kalah Felda United

KOTA BAHARU: Kelantan berazam meleburkan rekod tanpa kalah Felda United pada musim ini apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Sabtu ini.

Kapten 'The Red Warriors' (TRW), Mohd Badri Mohd Radzi berkata beliau yakin pasukannya mampu menewaskan Felda United kerana semangat anak buah kendalian George Boateng ketika ini amat tinggi.

"Kita bersemangat untuk memadam rekod tanpa kalah Felda United dan saya percaya Kelantan boleh jadi pasukan pertama yang meleburkan rekod itu.

"Rakan sepasukan kini berada dalam prestasi terbaik dan kita mahu menewaskan Felda United di laman sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Beliau berkata Kelantan perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri bagi memastikan pasukan terus berada dalam kelompok terbaik untuk mencabar kejuaraan pada musim ini.

"Siapa pun (pemain) yang diturunkan ketika menentang Felda United nanti perlu menunjukkan aksi terbaik kerana kita mahu catat kemenangan," katanya.

Mohd Badri berkata pasukannya perlu berwaspada dengan barisan serangan Felda United yang diketuai oleh bekas pemain Kelantan iaitu Indra Putra Mahayuddin dan Edward Junior Wilson.

"Kita tahu mereka (Felda United) bukan calang-calang pasukan, mereka amat berbahaya dalam situasi 'set piece' dan kita perlu lebih berhati-hati," katanya.

Kelantan kini berada di tangga kelima Liga Super dengan tujuh mata, ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga Felda United (lapan mata) selepas empat perlawanan.

Kelantan, Felda, TRW

Artikel Berikut

Artikel Lain