suria

Alex Ferguson Terbitkan Buku Teori Kejurulatihan

BEKAS pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson akan menerbitkan sebuah buku yang menceritakan tentang teori untuk memimpin dan melatih sebuah pasukan bola sepak pada Oktober ini.

Buku kedua sejak Ferguson, 73, bersara dari arena bola sepak itu akan mendedahkan rahsia selama 39 tahun menjadi pengurus bola sepak paling berjaya di dunia.

Sebelum ini, leganda United itu pernah mengeluarkan buku mengenai pengalaman dirinya membimbing kelab gergasi England berkenaan pada 2013.

The Autobiography itu kemudian dijual sebanyak 900,000 naskah ke seluruh dunia.

Buku yang bakal diterbitkan itu dijangka akan menjadi rujukan jurulatih dari seluruh dunia selain menjadi modul dalam sesetengah kursus kejurulatihan. 

Alex Ferguson, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain