suria

Insiden Ludah: Evans Tertekan Tunggu Keputusan FA

Insiden ludah-meludah di antara Evans (kiri) dan Cisse.

PEMAIN Manchester United, Jonny Evans terus pertahankan dirinya daripada tuduhan meludah dan kini berada dalam keadaan tertekan menunggu keputusan daripada Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Evans dan seorang lagi pemain Newcastle, Papiss Cisse terlibat dengan adegan ludah-meludah ketika aksi liga pada Rabu lalu.

Cisse mengaku bersalah serta memohon maaf sebelum dia dijatuhkan hukuman gantung tujuh perlawanan, manakala Evans nafi berbuat demikian.

Pihak FA dijangka akan mengumumkan keputusan nasib Evans pada Sabtu.

Proses pendengaran rayuan Evans berlangsung lewat Jumaat selepas pemain itu membuat bantahan terhadap tuduhan tersebut yang mana jika di dapati bersalah, dia akan digantung enam perlawanan.

Pihak FA mahu memastikan segala keputusan terhadap pemain antarabangsa Ireland Utara ini dibuat dengan adil sebelum dia beraksi dalam saingan suku akhir Piala FA bertemu Arsenal Isnin ini.

Jonny Evans, Cisse, Ludah

Artikel Berikut

Artikel Lain