suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ISTAF Tunda Piala Dunia 2015

KUALA LUMPUR: Kejohanan Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2015 yang dijadual di Bangkok dari 6 hingga 10 Mei ini telah ditangguhkan kerana bertindih dengan Kejohanan Dunia Piala Raja Thai.

Kejohanan Piala Raja Thai, yang merupakan kejohanan berprestij dunia anjuran Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT), dijadual diadakan di Bangkok dari 4 hingga 10 Mei ini.

Bagi mengekalkan integriti Piala Dunia ISTAF, kejohanan ini ditunda sebagai tanda hormat kepada Piala Raja Thai, Presiden ISTAF, Jeneral Charouck Arirachakaran dari Thailand dan TAT, kata Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader dalam kenyataan.

Beliau berkata keputusan menunda Piala Dunia dibuat bersama rakan perkongsian global, Asia Sports Venterus (ASV) untuk memanfaatkan semua pasukan.

Katanya ISTAF dan ASV akan menetapkan tarikh baharu Piala Dunia.

Sepak takraw, ISTAF, TAT, ASV

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain