suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Doping Chong Wei: BAM Tunggu Maklum Balas BWF

Lee Chong Wei.
KUALA LUMPUR: Tarikh bagi panel mendengar kes doping jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mungkin diketahui dalam minggu ini, kata Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Cai.

Ng berkata badan induk sukan badminton itu masih menunggu maklum balas daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

"Peguam Mike Morgan di United Kingdom telah selesai 'persiapan akhir'  berkenaan bukti bagi panel pendengaran itu. Beliau akan berhubung dengan pihak BWF tentang tarikh itu.

"Mungkin dalam minggu ini kita akan dapat maklumat tentang tarikh untuk panel pendengaraan itu nanti. Kami tak pasti di mana panel pendengaran itu akan dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Selasa.

Chong Wei kini digantung sementara oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos tahun lepas.
BWF, Lee Chong Wei, doping

Artikel Lain