Theiviya Gagal Ke Undian Utama Terbuka Malaysia BMW 2015 - Sukan | mStar

Theiviya Gagal Ke Undian Utama Terbuka Malaysia BMW 2015

S. Theiviya. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Impian pemain tempatan S. Theiviya untuk melangkah ke undian utama Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015 tidak kesampaian apabila kalah pada pusingan kelayakan pertama di Kelab Golf Diraja di sini, Sabtu.

Pemain negara berusia 20 tahun itu, yang beraksi atas tiket wildcard, gagal meneruskan saingan apabila kalah kepada pemain pilihan ke-11, Elizaveta Kulichkova dari Rusia dengan keputusan 2-6 dan 2-6.

Anak kepada bekas pemain nombor satu negara, S. Selvarajoo itu berkata, kekalahan dalam pertarungan selama 55 minit itu berpunca daripada banyak kesilapan yang dilakuknnya.

"Saya rasa saya bermain dengan baik kali ini dan kini yakin dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Saya menghadapi kesukaran kerana tidak begitu pantas untuk membalas pukulan," katanya selepas perlawanan itu di sini.

Katanya, beliau akan beraksi pada sirkit wanita ITF di China dan India bulan depan dan akan cuba mendapatkan penajaan untuk menyertai lebih banyak kejohanan bagi memperbaiki dirinya.

Sementara itu, Kulichkova, juara bertahan Remaja Grand Slam Terbuka Australia 2014, akan menentang rakan senegara, Daria Gavrilova pada pusingan akhir kelayakan akhir pada Ahad.

Sebelum itu, Gavrilova melangkah ke pusingan akhir kelayakan selepas menundukkan pemain China, Zhaoxuan Yang dengan keputusan 6-4 dan 6-2.

Keputusan Pusingan Kelayakan Perseorangan Wanita:

Yafan Wang (CHN) mn Darija Jurak (CRO) 6-3, 6-1

Nigina Abduraimova (UZB) mn Katarzyna Piter (POL) 7-6, 7-6

Junri Namigata (JPN) bt Chen Liang 7-6, 6-4

Naomi Broady (GBR) mn Emily Webley-Smith (GBR) 6-2, 7-5, 6-2

Yi-Fan Xu (CHN) mn Olga Savchuk (UKR) 6-3, 6-4

Lyudmyla Kichenok (UKR) mn Riza Ozaki (JPN) 6-4, 7-6

Elizaveta Kulichkova (RUS) mn S. Theiviya (MAS) 6-2, 6-2

Yuliya Beygelzimer (UKR) mn Nadiia Kichenok (UKR) 6-4, 6-7, 7-6

Kai-Lin Zhang (CHN) mn Tamarine Tanasugarn (THA) 4-6, 6-1, 6-3

Daria Gavrilova (RUS) mn Zhaoxuan Yang (CHN) 6-4, 6-2

Magda Linette (POL) mn Sofia Shapatava (GEO) 6-3, 7-5

Fangzhou Liu (CHN) mn Kai-Chen Chang (TPE) 7-5, 6-7, 7-5

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Keputusan Bundesliga Jerman

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain